Ombak Rindu>>>Apa agaknya perasaan seorang isteri yang sudah
berbelas tahun bersama tiba-tiba terbaring sendirian di malam hari
memikirkan suami yang sangat disayangi sedang bermesra dengan wanita
lain di tempat yang lain“.
Menonton filem Ombak Rindu menjadikan aku lebih faham makna Redha dan Pasrah. Maknanya perasaan redha seorang wanita yang pernah di madu dua kali dalam entri “Poligami Pengalaman Peribadi”
itu sebenarnya bukan redha tetapi pasrah. Redha itu maksudnya menerima
ketentuan daripada Allah SWT dengan ikhlas yang merupakan tahap
tertinggi iman seorang insan manakala pasrah itu menerima ketentuan
hidup kerana sudah tidak mampu berbuat apa-apa.
Hidup Izzah dalam Ombak Rindu dirundung masalah demi masalah dan
sememangnya hidup manusia begitu sentiasa mempunyai masalah.
Yang penting manusia mesti redha bila diuji dengan ujian Allah SWT
tetapi bukannya mudah untuk menjadi seperti Izzah.
Berapa pasangan suami isteri yang masih dilanda Ombak Rindu? Ramai
pasangan sudah hilang rasa rindu kerana setiap hari untuk bertahun-tahun
bersua muka. Benarlah kata orang-orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
Semakin tahun menatap muka setiap hari semakin hilang ombak rindu yang
tinggal hanya rasa tanggungjawab tetapi apabila hilang rasa
tanggungjawab putuslah sebuah ikatan.
Novel Ombak Rindu yang difilemkan memang ada bezanya tetapi jika
dilihat dengan perasaan pasti akan memberi pengajaran dalam meneruskan
kehidupan yang sebentar.
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
No comments:
Post a Comment