Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani (Nadia
Nissa) atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara
sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam
Mukhriz Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan. Adam seorang lelaki kacak
dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan
Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang
mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka. Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang
bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya
melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8
tahun lamanya. Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota
Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang
isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya. Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini
kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam
& Hawa ini?
SINOPSIS NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana
silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam
Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam
membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri.
No comments:
Post a Comment