"...Ada masanya kita perlu DUDUK SENDIRIAN. BERSEORANGAN sambil merenung langit. MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan. Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni. Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA. Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH ..."
Aku bukan mahu cerita tentang kisah percintaan. Tapi kisah tentang sebuah persahabatan. Situasi dimana kita berada di "tengah-tengah"di dalam sebuah persahabatan. Pernah ke kita merasa satu perasaan "tersisih" apabila kita bersama dengan dua
orang yang memang kawan baik sedangkan mereka juga kawan kita?
Orang dulu-dulu pun, selalu cakap yang " tak baik berkawan/bergambar
dengan kawan yang nombor ganjil, contoh :- berkawan 3 orang, 5 orang
atau seangkatan dengannya".
Bagaiman jika kita berada dalam
sebuah persahabatan "3 orang", dan salah seorang MESTI dan WAJIB akan terasa
"tersisih dan dipinggirkan". Cerita ni bukan satu rekaan, tapi cerita ini adalah
kenyataan dan aku pasti ramai yang pernah merasa dalam situasi ni.
Kawan yang tersisih tu mungkin pada awal mula macam cool, tapi lama
kelamaan disebabkan terlalu pendamkan perasaan kecil itu, akhirnya yang
tersisih itu mengundurkan diri, lalu membiarkan kawan dia yang 2 orang
tu. Yang 2 orang tu mungkin berasa pelik dan hairan , dan timbullah
berbagai-bagai persoalan antara mereka, seperti contoh :- "kenapa dia
punye perangai macam pelik, kenapa dia dah tak nak kawan dengan kita
lagi, kenapa dia macam menjauhkan diri dengan kita, kenapa dia macam nak
elak daripada nak bercakap dengan kita, kenapa dan seterusnya kenapa".
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Dekat situ, kita boleh tengok
siapa yang berada di sisi kita di mana waktu susah dan waktu senang.
Sekali lagi terjerumus dalam persahabatan 3 segi ni. Tapi, daripada situ
dapat belajar macam mana nak abaikan dan menjadi hati yang "kering".
Bila berada di tempat baru, lagi banyaklah aku jumpa perangai yang
pelik-pelik. Berkawan dengan yang tu dan berkawan dengan yang ni. Bila
yang sorang ni minta tolong apa jenis hal, mulalah yang sorang ni banyak
memberi alasan dan mengeluh. Tapi, bila yang sorang lagi meminta
tolong, senang je nak hulurkan bantuan. Dapat lihat sifat pilih kasih di
situ?
Moral of the story,
Elakkan daripada berkawan dengan kawan yang nombor-nombor ganjil ni.
Nanti diri sendiri yang merana dan merasa perasaan sakit tersebut.
Elakkan daripada berkawan dengan kawan yang nombor-nombor ganjil ni.
Nanti diri sendiri yang merana dan merasa perasaan sakit tersebut.
No comments:
Post a Comment