Thursday, November 1, 2012

Miss Universe 2012...perghhh!!!

Miss Universe India

Miss Universe Croatia

Miss Universe Israel
 
Miss Universe Sri Lanka
Miss Universe South Korea
Miss Universe Australia
Miss Universe Bolivia

Aku, Kau dan Dia..bisa buat airmata mengalir...

Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Han (Pekin)  dalam kemalangan jalanraya.. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Hidup Mia diselubungi kesedihan tak sudah-sudah dan melampau nak rak.

Semua berubah apabila  dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan. Izlan memainkan lagu kegemaran Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia?

Sebenarnya takut nak tengok filem ni sebab agak frust dengan 2 filem cintan Pierre iaitu 9 September dan Chantek….tapi yang ni best la pulak kan…bagus la Pierre…
Those yang tengok Ombak Rindu, Sepi…mesti tonton  filem ni juga dan feeling….Kalau konon korang minat Ombak Rindu sebab jalan cerita / syahdu instead of sebab pelakon dia gred AAA, cuba try tonton Aku Kau dan Dia pulak…..
Lepas tonton filem ni, akan rasa…’ohh, yang berlakon dalam Sepi tu Pierrrree jugak kannnn’.

Filem ni mungkin akan lebih popular kalau tukar tajuk / title – Aku, Kau dan Dia….title ini telah di’rosak’kan oleh Aku Ada Kau Ada??, Kau dan Aku, Hanya Aku Cinta Kau Seorang….hmm, if you know what I mean…

Pelakon Zarina Jamalullail cam sangat sesuai dalam watak tu. Dan best jugak dapat tengok muka lain, balik2 muka sama je..(ops, sori MIG)..  Plus, watak ni juga cam nampak sesuai ngan Lisa Surihani sebab muka cam iras2 kan…tp better la bagi kat Zarina..dia pun berlakon dengan baik…

Pekin punya style rambut dalam filem ni adalah kelihatan tampan. Dia ni dah lama berlakon tp jarang pegang watak hero ke ape. Rasa kalau dia maintain style rambut gitu, dia akan lebih banyak menghiasi filem-filem tempatan… 

Remy pun biasa la best kan. Plus takde pelakon tambahan yang agak menyampah dalam filem ni. Seronok tengok Nash dan Amerul tu. Plus Harun Salim Bachik, Marissa dan budak Haris dalam filem ni. Bagus2…cool jee…
In term of jalan cerita, agak kreatif dan tidak santai. Kalau jiwa halus tu, boleh saya kata ada can untuk menangis gak la. Nak cite banyak pun xboleh sangat, sebab nanti spoil. Tapi just boleh cakap, ianya sesuatu yang berbaloi untuk ditonton la.

Lagi satu pemandangan dalam filem ni cantik2. Jelas macam tengok HD..hoho…. Then, Dialog pun banyak yang touching2..part2 diorang memotivasikan Mia and part Izlan ngorat Mia tu..hehe…bagus2..biasa la filem Pierre kan…

Satu yang sangat nak puji adalah babak Remy Ishak guna buku gergasi tu…sangat cool kot..habislah pasni time wedding ada orang wat gitu, or propose guna benda tu ke…. Habis rabak poket pakwe2 sekalian sebab ia sangat sweet..haha…

Apa yang kureng??
Em, maybe takde pelakon yang bebintang sangat cam Aaron, Sam or Maya Karin, kalau tak, ada potensi lg ramai orang beli tiket dan tengok
Title tak berapa menarik sangat..seperti yang dimaklumkan di awal post
Nice movie, good job…tp still xleh lawan Kabir Bhatia….xde something gempak / unik sangat yang orang akan ingat lama2….xpe, way to go..hehe…

Kesimpulan dia, pergilah menonton filem Aku, Kau dan Dia…karya seperti ini pada saya layak untuk mendapat kutipan yang bagus dan wajar dihargai. Tahniah wat produksi filem ni kerana menghasilkan satu filem baik dan layak digelar filem..hehe..
** lepas tengok filem ni, sila hati2 melintas jalan…guna jejantas kalau ada.






Tuesday, October 30, 2012

Oh My English!

Bad English is becoming a trend, donchu think?  

When conversing with friends, I would jokingly translate all my Malay words directly to English without changing the sentence structure oh boy am I hilarious or what. Hahaha....Unfortunately, it’s no longer funny when it turned into a *super bad ass* habit I can’t control. 
This is worrying. I iz scared.

Okay fine, not to USE BROKEN ENGLISH anymore. And to speak better English... ;) 
Kemon lah Malaysians, wake up! Yu kenduit. Like what Maria Elena said about Oh My English, its some kind like added value to us if we know how to speak in English because English is an universal language...;)




OH MY ENGLISH! LOLOLOLOLOL

Paris???? oh! my dreams...

Paris is a stuff of dreams....I want to go to Paris, with.............sorang-sorang aje...syok aper...;) 
Paris is not just any city, it's a mosaic of villages and neighbourhoods, each one with its own special identity, wahhhhh.....so good...quite different from the others. Paris is a city with something new to offer around every corner: monuments, architecture, historic avenues, parks and gardens...hebat kannn??? nak lepak kat eiffel tower dari pagi sampai pagi lagi...huhu....

Renowned worldwide as a capital of fashion and gastronomy....i suka tengok tempat-tempat yang banyak sejarah...hmmm....WOOHOO! 









Wow…bilalah tuh… *dreamy eyes*



Can you smell me? ;) Without thinking much terus begini jadinya

ADAM DAN HAWA

Secara ringkas, Adam dan Hawa mengisahkan mengenai Ain Hawani (Nadia Nissa) atau Hawa, seorang remaja lepasan SPM yang berkerja sementara sebagai guru tadika di taman didikan kanak-kanak milik kakak kepada Adam Mukhriz  Hawa dan Adam telah berkenalan dan akhirnya berkawan. Adam seorang lelaki kacak dan playboy yang bekerja sebagai juruterbang. Pada suatu hari Hawa dan Adam telah ditangkap basah selepas difitnah oleh seseorang yang mempunyai perasaan dengki terhadap hubungan mereka. Hawa bagaimana pun tidak dapat boleh menerima ketentuan apabila dia dipaksa kahwin dengan Adam oleh keluarga. Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya. Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya. Ego tetap mengatasi hati Ain walaupun Adam mengharapkan wanita ini kembali menerimanya semula. Apakah kesudahan kisah cinta antara Adam & Hawa ini?

SINOPSIS NOVEL ADAM DAN HAWA
AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela. Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri.



Friday, October 26, 2012

Persahabatan 3 Segi...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
        
"...Ada masanya kita perlu DUDUK SENDIRIAN. BERSEORANGAN sambil merenung langit. MEMIKIRKAN diri sendiri, hala tuju kehidupan. Mengingati DOSA-DOSA lalu yang belum diampuni. Mungkin masa ini BUKAN untuk MENCARI CINTA. Tetapi masanya untuk MEMPERBAIKI CINTA pada ALLAH ..."        

                          
Aku bukan mahu cerita tentang kisah percintaan. Tapi kisah tentang sebuah persahabatan. Situasi dimana kita berada di "tengah-tengah"di dalam sebuah persahabatan. Pernah ke kita merasa satu perasaan  "tersisih" apabila kita bersama dengan dua orang yang memang kawan baik sedangkan mereka juga kawan kita? 
Orang dulu-dulu pun, selalu cakap yang " tak baik berkawan/bergambar dengan kawan yang nombor ganjil, contoh :- berkawan 3 orang, 5 orang atau seangkatan dengannya".

Bagaiman jika kita berada dalam sebuah persahabatan "3 orang", dan salah seorang MESTI dan WAJIB akan terasa "tersisih dan dipinggirkan". Cerita ni bukan satu rekaan, tapi cerita ini adalah kenyataan dan aku pasti ramai yang pernah merasa dalam situasi ni. Kawan yang tersisih tu mungkin pada awal mula macam cool, tapi lama kelamaan disebabkan terlalu pendamkan perasaan kecil itu, akhirnya yang tersisih itu mengundurkan diri, lalu membiarkan kawan dia yang 2 orang tu. Yang 2 orang tu mungkin berasa pelik dan hairan , dan timbullah berbagai-bagai persoalan antara mereka, seperti contoh :-  "kenapa dia punye perangai macam pelik, kenapa dia dah tak nak kawan dengan kita lagi, kenapa dia macam menjauhkan diri dengan kita, kenapa dia macam nak elak daripada nak bercakap dengan kita, kenapa dan seterusnya kenapa".

Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain. Dekat situ, kita boleh tengok siapa yang berada di sisi kita di mana waktu susah dan waktu senang. Sekali lagi terjerumus dalam persahabatan 3 segi ni. Tapi, daripada situ dapat belajar macam mana nak abaikan dan menjadi hati yang "kering".  Bila berada di tempat baru, lagi banyaklah aku jumpa perangai yang pelik-pelik. Berkawan dengan yang tu dan berkawan dengan yang ni. Bila yang sorang ni minta tolong apa jenis hal, mulalah yang sorang ni banyak memberi alasan dan mengeluh. Tapi, bila yang sorang lagi meminta tolong, senang je nak hulurkan bantuan. Dapat lihat sifat pilih kasih di situ? 

Moral of the story,
Elakkan daripada berkawan dengan kawan yang nombor-nombor ganjil ni.
Nanti diri sendiri yang merana dan merasa perasaan sakit tersebut.
                                                                                                                                                                                   

-->