Thursday, November 1, 2012

Pink Things


OK, so when I was 15 my favourite colour was Blue, then and when i was 17 it changed to something a little more girly and now I adore PINK!!!! So I thought I had to share my favourite pink things with you here goes!

I love this quote, I love everything about it!! It pretty much describes me in nutshell!!  

Mengekalkan Perhubungan Dalam Persahabatan...

Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan.

Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.

Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

 Ingat...! Kasih sayang perlu ada pada sesama insan... ;)

Miss Universe 2012...perghhh!!!

Miss Universe India

Miss Universe Croatia

Miss Universe Israel
 
Miss Universe Sri Lanka
Miss Universe South Korea
Miss Universe Australia
Miss Universe Bolivia

Aku, Kau dan Dia..bisa buat airmata mengalir...

Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang kehilangan tunangnya Han (Pekin)  dalam kemalangan jalanraya.. Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu. Hidup Mia diselubungi kesedihan tak sudah-sudah dan melampau nak rak.

Semua berubah apabila  dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan. Izlan memainkan lagu kegemaran Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan cinta baru Mia?

Sebenarnya takut nak tengok filem ni sebab agak frust dengan 2 filem cintan Pierre iaitu 9 September dan Chantek….tapi yang ni best la pulak kan…bagus la Pierre…
Those yang tengok Ombak Rindu, Sepi…mesti tonton  filem ni juga dan feeling….Kalau konon korang minat Ombak Rindu sebab jalan cerita / syahdu instead of sebab pelakon dia gred AAA, cuba try tonton Aku Kau dan Dia pulak…..
Lepas tonton filem ni, akan rasa…’ohh, yang berlakon dalam Sepi tu Pierrrree jugak kannnn’.

Filem ni mungkin akan lebih popular kalau tukar tajuk / title – Aku, Kau dan Dia….title ini telah di’rosak’kan oleh Aku Ada Kau Ada??, Kau dan Aku, Hanya Aku Cinta Kau Seorang….hmm, if you know what I mean…

Pelakon Zarina Jamalullail cam sangat sesuai dalam watak tu. Dan best jugak dapat tengok muka lain, balik2 muka sama je..(ops, sori MIG)..  Plus, watak ni juga cam nampak sesuai ngan Lisa Surihani sebab muka cam iras2 kan…tp better la bagi kat Zarina..dia pun berlakon dengan baik…

Pekin punya style rambut dalam filem ni adalah kelihatan tampan. Dia ni dah lama berlakon tp jarang pegang watak hero ke ape. Rasa kalau dia maintain style rambut gitu, dia akan lebih banyak menghiasi filem-filem tempatan… 

Remy pun biasa la best kan. Plus takde pelakon tambahan yang agak menyampah dalam filem ni. Seronok tengok Nash dan Amerul tu. Plus Harun Salim Bachik, Marissa dan budak Haris dalam filem ni. Bagus2…cool jee…
In term of jalan cerita, agak kreatif dan tidak santai. Kalau jiwa halus tu, boleh saya kata ada can untuk menangis gak la. Nak cite banyak pun xboleh sangat, sebab nanti spoil. Tapi just boleh cakap, ianya sesuatu yang berbaloi untuk ditonton la.

Lagi satu pemandangan dalam filem ni cantik2. Jelas macam tengok HD..hoho…. Then, Dialog pun banyak yang touching2..part2 diorang memotivasikan Mia and part Izlan ngorat Mia tu..hehe…bagus2..biasa la filem Pierre kan…

Satu yang sangat nak puji adalah babak Remy Ishak guna buku gergasi tu…sangat cool kot..habislah pasni time wedding ada orang wat gitu, or propose guna benda tu ke…. Habis rabak poket pakwe2 sekalian sebab ia sangat sweet..haha…

Apa yang kureng??
Em, maybe takde pelakon yang bebintang sangat cam Aaron, Sam or Maya Karin, kalau tak, ada potensi lg ramai orang beli tiket dan tengok
Title tak berapa menarik sangat..seperti yang dimaklumkan di awal post
Nice movie, good job…tp still xleh lawan Kabir Bhatia….xde something gempak / unik sangat yang orang akan ingat lama2….xpe, way to go..hehe…

Kesimpulan dia, pergilah menonton filem Aku, Kau dan Dia…karya seperti ini pada saya layak untuk mendapat kutipan yang bagus dan wajar dihargai. Tahniah wat produksi filem ni kerana menghasilkan satu filem baik dan layak digelar filem..hehe..
** lepas tengok filem ni, sila hati2 melintas jalan…guna jejantas kalau ada.