Filem ini mengisahkan tentang harapan seorang gadis bernama Mia yang
kehilangan tunangnya Han (Pekin) dalam kemalangan jalanraya..
Kemudiannya, Mia pula mengalami kemalangan dan koma selama 2 minggu.
Hidup Mia diselubungi kesedihan tak sudah-sudah dan melampau nak rak.
Semua berubah apabila dia terjumpa Izlan seorang pemuzik jalanan. Izlan
memainkan lagu kegemaran Ilhan. Melalui pertemuan itu, Mia dan Izlan
kemudiannya menjadi semakin rapat. Di situ bermulalah konfiik dalam
hidup Mia. Ingatan dan cintanya masih kuat pada tunangnya. Adakan Izlan
cinta baru Mia?
Sebenarnya takut nak tengok filem ni sebab agak frust dengan 2 filem
cintan Pierre iaitu 9 September dan Chantek….tapi yang ni best la pulak
kan…bagus la Pierre…
Those yang tengok Ombak Rindu, Sepi…mesti tonton filem ni juga dan
feeling….Kalau konon korang minat Ombak Rindu sebab jalan cerita /
syahdu instead of sebab pelakon dia gred AAA, cuba try tonton Aku Kau
dan Dia pulak…..
Lepas tonton filem ni, akan rasa…’ohh, yang berlakon dalam Sepi tu Pierrrree jugak kannnn’.
Filem ni mungkin akan lebih popular kalau tukar tajuk / title – Aku,
Kau dan Dia….title ini telah di’rosak’kan oleh Aku Ada Kau Ada??, Kau
dan Aku, Hanya Aku Cinta Kau Seorang….hmm, if you know what I mean…
Pelakon Zarina Jamalullail cam sangat sesuai dalam watak tu. Dan best
jugak dapat tengok muka lain, balik2 muka sama je..(ops, sori MIG)..
Plus, watak ni juga cam nampak sesuai ngan Lisa Surihani sebab muka cam iras2 kan…tp better la bagi kat Zarina..dia pun berlakon dengan baik…
Pekin punya style rambut dalam filem ni adalah kelihatan tampan. Dia ni
dah lama berlakon tp jarang pegang watak hero ke ape. Rasa kalau dia
maintain style rambut gitu, dia akan lebih banyak menghiasi filem-filem
tempatan…
Remy pun biasa la best kan. Plus takde pelakon tambahan yang agak
menyampah dalam filem ni. Seronok tengok Nash dan Amerul tu. Plus Harun
Salim Bachik, Marissa dan budak Haris dalam filem ni. Bagus2…cool jee…
In term of jalan cerita, agak kreatif dan tidak santai. Kalau jiwa
halus tu, boleh saya kata ada can untuk menangis gak la. Nak cite banyak
pun xboleh sangat, sebab nanti spoil. Tapi just boleh cakap, ianya
sesuatu yang berbaloi untuk ditonton la.
Lagi satu pemandangan dalam filem ni cantik2. Jelas macam tengok
HD..hoho…. Then, Dialog pun banyak yang touching2..part2 diorang
memotivasikan Mia and part Izlan ngorat Mia tu..hehe…bagus2..biasa la
filem Pierre kan…
Satu yang sangat nak puji adalah babak Remy Ishak guna buku gergasi
tu…sangat cool kot..habislah pasni time wedding ada orang wat gitu, or
propose guna benda tu ke…. Habis rabak poket pakwe2 sekalian sebab ia
sangat sweet..haha…
Apa yang kureng??
Em, maybe takde pelakon yang bebintang sangat cam Aaron, Sam or Maya
Karin, kalau tak, ada potensi lg ramai orang beli tiket dan tengok
Title tak berapa menarik sangat..seperti yang dimaklumkan di awal post
Nice movie, good job…tp still xleh lawan Kabir Bhatia….xde something
gempak / unik sangat yang orang akan ingat lama2….xpe, way to go..hehe…
Kesimpulan dia, pergilah menonton filem Aku, Kau dan Dia…karya
seperti ini pada saya layak untuk mendapat kutipan yang bagus dan wajar
dihargai. Tahniah wat produksi filem ni kerana menghasilkan satu filem
baik dan layak digelar filem..hehe..
** lepas tengok filem ni, sila hati2 melintas jalan…guna jejantas kalau ada.
No comments:
Post a Comment